Thursday, February 26, 2015

RENUNGAN JUMAAT, AYAT AL NISA .29


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."
( Surah An-Nisa’ ; 29 
)



Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak dapat memisahkan diri daripada kegiatan-kegiatan muamalat khasnya dalam bidang perniagaan(tijarah). Manusia amat memerlukan hal yang sedemikian, malah Allah SWT menyuruh supaya manusia menceburi bidang perniagaan.
Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi).
Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya:
"Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi).

Bagaimanapun, tijarah yang dimaksudkan adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan mereka bersama-sama dengan para nabi dan rasul.
Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:

"Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya" (Hadis Riwayat Bukhari).
 Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pengguna.

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:
 "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang susah, mahupun dilangsaikan hutang tersebut, Allah SWT akan memayungkannya di hari kiamat di bawah bayangan arashNya"(Hadis Riwayat Kaab bin Umar). 

Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui perniagaan.
Islam juga menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep persaudaraan dalam Islam, seperti dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:
 "Seseorang Muslim itu adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain" (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). 
Baginda Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa memberi senyuman kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki Baginda ini membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan mendapat keuntungan yang besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina Khadijah iaitu Maisarah.
Islam melarang umatnya daripada melakukan "monopoli" dan menyorok barangan (ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW bersabda maksudnya,
 "Sesiapa yang menyorok(barangan), dia telah melakukan kesalahan"(Hadis Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim)
Oleh itu mari kita menghayati pengertian ayat Al Nisa ;29 ini sebagai rujukan disiplin niaga kita sebagai umat islam , semoga kita memperolehi keberkatan dunia dan akhirat.

Wednesday, February 25, 2015

TUNTUTAN ADAB BERNIAGA DALAM ISLAM

Memahami kaitan Melayu dan Islam

Melayu dan Islam adalah sinonim. Di katakan bahawa Melayu memegang satu kunci kejayaan Islam di akhir zaman. Bangsa Melayu di katakan Bangsa misteri  yang mana di dakwa bersusur galur dengan  beberapa tokoh dalam sejarah Islam.



Oleh itu sebelum kita mengupas lebih lanjut akan tajuk topic ini kita wajib memahami kenapa Melayu wajib mengikuti adab berniaga di dalam Islam. Nama-nama seperti Iskandar Zulkarnain, Nabi Ibrahim alaihisalam dan juga sirah Rasullulah s.a.w serta para sahabat dan tabien merwarnai susuk susur galur keturunan Melayu yang di katakan amat misteri asal usulnya. Sesetengah pendapat pula menolak akan teori ini. 



Namun beberapa kajian saitifik berdasarkan DNA mejurus kepada kebenaran bahawa DNA orang Melayu bersusur galur dari timur tengah mempunyai asas yang kukuh. Menurut Profesor zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkelogi  Malaysia yang telah melakukan Projek Human Genome. Menunjukan susur galur orang Melayu berasal dari semenanjung Arab yang mana dalam peringkat penghijrahan manusia ia berada pada tahap tiga lapisan asal. Ini bermakna Bangsa Melayu adalah Bangsa Tua yang mempunyai talian rapat dengan Orang Arab. Dan di dalam Islam para Rasul dan nabi telah di turun kan dalam bangsa Yahudi dan Arab. Anda boleh terus meneliti pembentangan Projek human Genome ini di link berikut : 


Sementara Ketua Kluster Universiti  Sultan zainal Abidin (Uniza) Penyelidikan Peradaban Melayu & Islam Prof. Dato' Dr. Hj MohamedAnwar bin Omar Din pula menulis di dalam jurnal beliau yang bertajuk “ASAL-USUL ORANG MELAYU: MENULIS SEMULASEJARAHNYA”. 



Beliau  menulis dalam jurnal tersebut seperti berikut:

“Berdasarkan data yang dikutip daripada kajian lapangan yang telah dijalankan oleh penulis selama lebih setahun di hamper seluruh wilayah Alam Melayu, termasuk di Pulau Siantan (Gugusan Pulau Andamas), hampir seluruh Sumatera, Brunei, selatan Siam, Sulawesi, dan tentunya di seluruh Malaysia, dapat disimpulkan bahawa, pertama, seperti mana sudah sering diperkatakan oleh para pengkaji umumnya, orang Melayu yang ada pada hari ini adalah satu bangsa yang ditentukan oleh penganutan agama Islam, menutur bahasa Melayu yang berakar-umbi daripada bahasa Austronesia + Austroasia + Sanskrit + Islam, dan mengamalkan ciri-ciri warisan budaya Nusantara sehingga boleh membezakan mereka daripada bangsa-bangsa lain.” 

Maklumat lain pula yang di dapati dari Profesor Mashitah Sulaiman . Centre for Core Studies Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia . beliau menulis dalam jurnalnya yang bertajuk “ISLAM DAN TRANSFORMASISOSIAL MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA: SUATU KAJIAN EKSPLORATORI”.  


Bahawa ;

 “Ramai daripada kalangan sarjana serantau mempercayai bahawa proses Islamisasi masyarakat Melayu telah berlaku sejak peringkat awal Islam lagi dan lebih daripada satu millennium atau seribu tahun yang lampau melalui empat atau lima gelombang (Arnold, 1986; Abdullah, 1992; Muhammad Mustaqim, 2011)”

“Transformasi budaya dan pemikiran Islam adalah satu perubahan asas dalam pembentukan Tamadun Melayu. Transformasi masyarakat Melayu kepada budaya Islam secara jelas ditunjukkan dalam pembentukan Kerajaan Islam Samudra-Pasai. Pasai telah muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran Islam dan juga boleh dianggap sebagai pusat Tamadun Melayu Islam yang pertama di Kepulauan Melayu (Abdul Rahman, 1990, 48; Wan Hussein, 1980,143; al-Attas, 1969, 12). 

Apabila Ibn Battuta melawat Pasai pada tahun 1345/6M, beliau melaporkan bahawa Sultan Pasai pada masa itu, Al-Malik al-Zahir merupakan seorang yang bermazhab Shafie dan amat menyayangi para ulama. Fuqaha' atau ulama dalam ilmu Feqah dan perundangan Islam telah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh baginda untuk membaca kitab dan membincangkan hal-hal berkaitan agama (Ismail Hamid, 1985, 177). Sultan adalah seorang yang alim dan baginda berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat (Syed Nurul Akla dan Adi Setia, 2006, 730-731). 

Di samping itu, Hikayat Raja-Raja Pasai juga menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW telah muncul di dalam mimpi Merah Silu dan nabi memberi gelaran Sultan Malikul Saleh kepada baginda (Jones, R. 1999, 15). Selain itu, pemerintah Pasai juga menggunakan gelaran Al-Malik al-Zahir selepas memeluk agama Islam, dan ini menunjukkan hubungan yang amat kuat di antara kerajaan Melayu dan Timur Tengah kerana gelaran ini juga yang telah digunakan oleh pemerintah Islam semasa kesultanan Mamluk di Mesir (Mohammad Redzuan, 2005, 13). 

Begitu juga dengan gelaran yang digunakan oleh Maharaja Derbar Raja II, pemerintah pertama Negeri Kedah yang memeluk Islam dalam 1136M. Pemerintah Kedah tersebut telah menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah selepas menjadi seorang Muslim. Baginda dikatakan telah diislamkan oleh ulama Arab dari Yaman, iaitu Shaikh Abdullah (Muhammad Hassan Dato’ Kerani Mohd Arshad, 1968, 26).”



Rujukan –rujukan ini memperlihatkan betapa Bangsa Melayu amat wajib mengikuti bentuk adab dan disiplin Islam dalam perniagaan kerana ia adalah rangka kehidupan dan disiplin kejayaan dalam usaha yang di lakukan demi mencapai matlamat jihad ekonomi yang sedang di lakukan. Ia bukan sekadar satu sejarah yang hanya perlu di ketahui, ia sebenarnya satu ramuan kejayaan yang menyimpan satu rahsia yang sangat besar dan amat berharga kepada sesiapa yang memahami kontek perjuangan ekonomi atau Jihad ekonomi Bangsa Melayu itu sendiri.



Adab dan etika berniaga dalam Islam.

Penulis telah mengambil satu artikal berkaitan yang bersesuian menjadi sumber rujukan berkaitan topik yang di bincangkan , hasilnya penulis menemui satu rangka susunan disiplin Adab atau etika perniagaan dalam Islam yang jelas dan tersusun yang di buat oleh Mohd Nizho bin Abdul Rahman dan Mohd Shukri bin Hanafi dengan Kertas Kerja Seminar Keusahawan II,peringkat Kebangsaan.15 Oktober 2008. Hal. 23. Anjuran Universiti Malaya danJAKIM. Kuala Lumpur

beliau menulis;

“Perniagaan Menurut Pandangan Ulama’

Tidak dapat dinafikan bahawa perniagaan adalah merupakan amalan yang disukai oleh para nabi. Di dalam al-Quran dan hadis diceritakan tentang perniagaan yang membabitkan sumber dan kaedah yang terbaik bagi seseorang itu melakukan aktiviti perniagaan. Untuk memahami nas-nas berkaitan perniagaan, maka para ulama’ adalah orang yang bertanggungjawab memberi pandangan berkaitan perniagaan.

Antaranya:-

1. Ibn Khaldun dalam Muqaddimah menyatakan bahawa perniagaan merupakan salah satu kaedah seseorang itu memperluaskan modal (Ibn Khaldun, 1995 : 467).

2. Al-Sayyid Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah menyatakan bahawa perniagaan adalah pertukaran barang dengan barang atau harta dengan harta atau harta dengan barang atas dasar persetujuan kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli) atau pertukaran hak milik dengan gantian (bayaran atau mubadalah) mengikut peraturan syarak (al-Sayyid Sabiq, 1994 : 147).

3. Imam al-Syarbini menyatakan bahawa perniagaan ialah pertukaran dalam bentuk wang dengan barang atau barang dengan barang bertujuan mendapatkan keuntungan (al-Syarbini, 1995 : 142).

4. Imam al-Razi menjelaskan bahawa perniagaan sebagai satu transaksi barang-barang yang wujud atau belum atau tidak wujud (Fakhr al-Razi,1994 : 129).

Oleh yang demikian, sesuatu perniagaan itu mestilah mempunyai unsur-unsur pertukaran barang dengan barang atau barang dengan perkhidmatan atau barang dengan wang. Perniagaan juga dilakukan untuk mendapat keuntungan tanpa menindas orang lain dengan wujudnya persetujuan antara penjual dan pembeli). Paling penting, perniagaan yang dilakukan hendaklah sah dan mendapat pengiktirafan di sisi syarak.

5.0 Maksud Etika Mengikut Kamus Dewan, (2005 : 401) etika adalah prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain).

Adapun Institut Integriti Malaysia (2007 : 17) pula mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. Jelasnya etika adalah suatu prinsip atau peraturan atau nilai akhlak atau moral berkaitan tingkah laku atau tindakan setiap anggota dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu, apabila disebut etika perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan atau nilai akhlak atau moral yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam kegiatan perniagaan.

6.0 Ciri-ciri Etika Islam
Etika Islam mempunyai ciri-ciri yang istimewa yang tidak ada pada etika-etika yang lain. Antara perkara tersebut ialah: Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

7 i) Kebaikan Mutlak
Kebaikan mutlak merupakan ciri utama dalam Islam yang merupakan ciptaan Allah s.w.t. Kebaikan yang dihasilkan sungguh murni untuk individu, keluarga dan masyarakat. Ia sesuai untuk setiap tempat, zaman dan suasana. Etika murni yang disarankan oleh Islam adalah merupakan ibadah hamba kepada Penciptanya. Sebagai contoh, sifat pemurah yang dianjurkan oleh Islam merupakan suatu amalan pemberian secara ikhlas dan rahsia. Al-Quran telah menjelaskan perkara ini melalui firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dan kalau kamu pula sembunyikan sedekahsedekah itu serta kamu memberikannya kepada fakir miskin, itu adalah lebih baik bagi kamu.”  (Surah al-Baqarah, 3:271)

ii) Kebaikan Sejagat
Etika Islam menjamin kesejahteraan manusia sejagat tanpa membatasi tempat, suasana dan zaman. Kesejagatannya bermula daripada Allah s.w.t yang telah mencipta alam dan manusia. Ini kerana Allah s.w.t adalah Maha Mengetahui segala keperluan makhluk ciptaanNya terutama sekali manusia. Justeru, etika menepati fitrah manusia melewati batas keturunan, geografi, zaman dan sebagainya.

iii) Mudah
Etika yang ditetapkan oleh Islam adalah mudah dan serasi dengan jiwa manusia dan dapat diterima oleh akal, hati dan dalam lingkungan kemampuan manusia melakukannya. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “....(dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan dia tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan...”  (Surah al-Baqarah, 2:185)
iv) Mantap
Etika Islam sesuai sepanjang zaman dan untuk semua masyarakat. Sedangkan teori etika lain sentiasa berubah-rubah dan hanya mengikut situasi masyarakat, tempat dan zaman tertentu sahaja.

v) Pengawasan Yang Menyeluruh
Allah s.w.t mencipta manusia dan menggubal etika yang bersesuaian dengan cara hidup manusia. Etika Islam tidak memerlukan penguasaan dan pengawasan yang keras terhadap mereka yang melanggarinya. Pengawalan dan pengawasan hanyalah melalui keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Inilah yang menjadikan manusia berasa bersalah dan tertekan jika mereka melakukan etika yang keji. Etika yang bersumberkan al-Quran dan hadis serta berteraskan akidah dan syariah yang mantap mempunyai pengawasan yang menyeluruh mencakupi harta, sikap, hati, tenaga dan bahasa (Mustafa Hj. Daud, 1994 : 30-37).

7.0 Sumber Etika Perniagaan Islam
Etika perniagaan adalah diperolehi daripada dua sumber utama hokum Islam iaitu al-Quran dan hadis. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan keduaduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis Riwayat Malik – dipetik daripada Mohd Radzi & Ghafarullahuddin, 2005 : 10).

Selain itu, ia juga dibincangkan oleh para ulama’ dalam satu cabang daripada ilmu fiqh iaitu Fiqh al-Muamalat. Dengan memahami etika perniagaan Islam kita akan dapat memastikan perniagaan yang dijalankan itu diredhai oleh Allah s.w.t. Namun, untuk perbincangan Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan dalam kertas ini akan ditinjau etika perniagaan dari perspektif al-Quran sahaja.

8.0 Etika Perniagaan dari Perspektif Al-Quran
Di samping memberi galakan kepada umat Islam untuk menceburkan diri dalam perniagaan, al-Quran juga menetapkan beberapa peraturan dan etika yang mesti dipatuhi oleh umat Islam dalam menjalankan aktiviti perniagaan mereka. Ini bertujuan supaya tidak berlakunya penipuan, ketidakadilan, penganiayaan dan sebagainya yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan ekonomi dan mengancam kesejahteraan masyarakat seluruhnya. Antara peraturan-peraturan dan etika penting yang terpancar daripada pengajaran al-Quran ini adalah seperti berikut:

i) Niat Ikhlas
Niat menjadi asas sesuatu perbuatan kerana ia meletakkan sasaran atau matlamat. Niat yang ikhlas dan benar selalunya diikuti dengan pelaksanaan yang diredhainya. Ini sangat berbeza dengan dasar ‘the end justifies the mean’ yang berbangga dan tidak merasa berdosa mencapai sesuatu matlamat di atas kesengsaraan oleh lain (Ma’amor Osman, 2001 : 54). Penekanan supaya berniat ikhlas dan benar ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:

Maksudnya: “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah)”.  (al-An’am, 6:162-16310

Maksudnya: “Katakanlah: Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan. Dan (katakanlah): Luruskanlah mukamu (ikhlaskanlah dirimu) di setiap sembahyang dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepadaNya sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah kamu akan kembali kepadaNya) ".  (al-A’raf, 7:29)

Maksudnya: “Sesunguhnya kami menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatankepadaNya”.  (al-Zumar, 39:2)
Maksudnya: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus”.  (al-Bayyinat, 98:5)

Oleh itu, seseorang peniaga muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai sesuatu tujuan murni dan agar mendapat keredhaan Allah s.w.t dalam segala aspek kehidupannya.



ii) Tidak Terlibat dengan Amalan Riba
Riba dalam pelbagai bentuknya adalah sangat dilarang dalam Islam kerana ia menjadi punca kepada penindasan dan ketidaksamaan dalam ekonomi. la boleh mewujudkan keadaan orang yang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah miskin. Larangan terhadap amalan riba ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:  

Maksudnya: “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”. (al-Baqarah, 2:275)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman tinggalkanlah saki baki daripada amalan riba jika kamu benar-benarberiman”. (al-Baqarah, 2:278)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan riba berlipat ganda”.  (Ali 'Imran, 3:130)

Maksudnya: “Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan (riba) yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orangorang yang beroleh pahala berganda-ganda”.  (al-Rum, 30:39)

Seseorang peniaga muslim wajib membebaskan diri daripada amalan riba, sama ada dalam pembiayaan atau pelaburan. Di Malaysia sumbersumber pembiayaan yang bebas daripada riba semakin meluas. Usaha dibuat oleh para peniaga untuk mengenalpasti sumber-sumber ini dan memanfaatkannya sebaik yang mungkin. Usaha mengelakkan riba ini bukan sahaja dapat mengelakkan daripada penindasan, bahkan dapat menggalakkan orang yang kurang modal berniaga dengan persaingan yang sihat. Mereka juga tidak akan ditindas oleh golongan peniaga yang mempunyai modal yang besar.

iii) Saling Redha-Meredhai
Antara etika dan prinsip terpenting dalam amalan perniagaan yang dianjurkan oleh Islam ialah kewujudan unsur saling redha-meredhai antara dua atau beberapa pihak yang terlibat dalam aktiviti perniagaan. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allahs.w.t:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil) harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu”. (al-Nisa’, 4:29)

Para mufassir menghuraikan kata "batil" dalam ayat di atas sebagai sebarang bentuk yang boleh menjejaskan kesahihan kerelaan yang telah diberikan (Abdur Rahman I. Doi, 1992: 350-351). Penekanan al-Quran terhadap unsur keredaan dalam perniagaan ini bertujuan supaya tidak ada pihak yang teraniaya dalam perniagaan melalui sebarang bentuk pun. Sebarang keputusan untuk mengadakan kontrak perniagaan dibuat  dengan penuh sedar dan rela berdasarkan maklumat-maklumat yang benar dan tepat. Oleh itu, sebarang aktiviti perniagaan yang dibuat dengan hanya berasaskan spekulasi terutamanya dalam perkara-perkara penting adalah dilarang.



iv) Menjauhi Semua Unsur Penipuan
Al-Quran berulang kali mengingatkan para peniaga supaya bersikap jujur dan melarang keras terhadap penipuan dalam perniagaan. Peringatan yang berulang kali ini tidak menghairankan kita memandangkan penipuan dalam bentuk dan kadar yang pelbagai merupakan sesuatu yang sering terjadi dalam dunia perniagaan. Antara ayat-ayat yang boleh disebutkan di sini seperti berikut:

Maksudnya: “Dan cukupkanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”.  (al-An‘am, 6:152)

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan”.  (Hud, 11:84)

Maksudnya: “Dan cukupkanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil, yang demikian itu lebih baik (balasannya di dunia) dan amat baik kesudahannya (di akhirat)”. (al-Isra’, 17:35)

Maksudnya: “Hendaklah kamu sempurnakan sukatan dan janganlah menjadi golongan yang merugikan orang lain. Timbanglah dengan neraca yang betul”. (al-Syuara’, 26:181-182

Maksudnya: “Celakalah bagi orang-orang yang menipu; iaitu orang-orang yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkan (sukatan atau timbangan tersebut)”.  (al-Mutaffifin, 83:1-3)

Semua ini menunjukkan penipuan dari segala segi adalah haram dalam etika perniagaan Islam. Dengan penipuan akan rosaklah hubungan antara pembeli dan penjual, malah boleh mencetuskan perbalahan dan pergaduhan yang berpanjangan.



v) Memenuhi dan Menunaikan Akad (Kontrak)
Al-Quran memerintahkan agar apabila seseorang telah bersetuju mengikat sesuatu kontrak secara sah dengan penuh kerelaan berdasarkan maklumat yang sahih dan tepat, maka ia mestilah memenuhi dan menunaikan kehendak dan terma yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut. Dalam hal ini terdapat beberapa ayat yang berkaitan seperti berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman tunaikan perjanjian-perjanjian (yang telah dipersetujui)".  (al-Ma’idah, 5:1)

Maksudnya: “Dan penuhilah perjanjian (kerana) sesungguhnya sesuatu perjanjian itu pasti akan
dipertanggungjawabkan”. (al-Isra’, 17:34)

Dalam perniagaan secara Islam, segala perjanjian yang dibuat secara sah dan atas kerelaan bersama, maka ia wajib dipenuhi dan ditunaikan. Memungkiri janji sangat dilarang oleh Allah s.w.t. Dengan adanya larangan ini, segala bentuk penipuan akan dapat dielakkan.

vi) Al-'Adl (Keadilan)
Salah satu daripada etika penting dalam perniagaan secara Islam ialah melaksanakan al-‘Adl atau keadilan. Ini bermaksud peniaga harus bersikap sederhana dalam semua perkara tanpa menguntungkan sebelah pihak, layanan sama rata atau saksama terhadap semua pelanggan, memberi pertimbangan yang adil dan tidak berat sebelah serta memberikan hak kepada orang yang berhak. 

Dalam erti kata lain, keadilan bererti meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul. Penekanan supaya berkeadilan ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat”.  (al-Nisa’, 4:58)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha mengetahui perkara yang kamu kerjakan”.  (al-Ma’idah, 5:8)

Maksudnya: “Sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat”. (al-An’am, 6:152)

Maksudnya: “Dan di antara orang-orang yang kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan denganyang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan”.  (al-A’raf, 7:181)
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan”. (al-Nahl, 16:90)

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak)”.  (al-Isra', 17:35)

Jelaslah bahawa al-Quran amat menekankan soal keadilan. Oleh itu, keadilan dalam perniagaan akan memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang sama ada pembeli atau penjual akan mendapat haknya. Dengan pengamalan etika ini, peniaga akan mendapat untung yang  sewajar dan pembeli akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang sepadan dengan harga yang dibayar.

vii) Amanah
Peniaga tidak boleh membohongi pelanggan, mengkhianati pelanggan, menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi dan melengahkan pembayaran kepada pengedar atau pembekal barangan ke kedainya. Ini bermaksud perlakuan peniaga hendaklah menjurus kepada perilaku benar atau amanah dalam urusan perniagaan. Penekanan supaya beramanah ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”. (al-Nisa’, 4:58)

Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.  (al-Anfal, 8:27)

Maksudnya: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya”.(al-Mukminun, 23:8)
Amanah dalam ayat di atas bermaksud tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, selamat dan harmoni (Muhammad Syukri Salleh, 2001:2).

Oleh itu, segala tindakan dan keputusan dalam perniagaan yang berdasarkan sifat amanah adalah perlu bagi memastikan urusan perniagaan itu adil dan setiap orang sama ada pembeli atau penjual mendapat haknya. Penipuan dan penindasan akan dapat dielakkan sekiranya semua pihak bersifat amanah dan benar. Dengan sifat amanah ini peniaga akan mendapat keuntungan yang sewajarnya dan pembeli akan mendapat barangan atau perkhidmatan yang sepadan dengan harga yang dibayar.

viii) Istiqamah
Mempunyai nilai istiqamah bermaksud seseorang peniaga hendaklah mempunyai integriti, keteguhan atau ketetapan hati, ketabahan dan ketekunan. Peniaga tidak seharusnya mempunyai perasaan malas, lemah semangat, tawar hati, tidak berani menanggung risiko dan tidak sanggup berusaha bermati-matian di dalam menjalankan urusan perniagaan. Penekanan supaya beristiqamah ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:

Maksudnya: “AlIah berfirman: Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua (istiqamah) pada jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui”.  (Yunus, 10:89)

Maksudnya: “Katakanlah: Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus (istiqamah) menuju kepadaNya dan mohonlah ampun kepadaNya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukanNya”. (Fussilat, 41:36)

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap istiqamah,maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita”.(al-Ahqaf, 46:13) 

Istiqamah dalam perniagaan secara Islam ialah tekun bekerja atau berniaga demi mencapai kejayaan dan keuntungan yang diredhai Allah s.w.t. Dalam erti kata lain, mengusahakan perniagaan dengan penuh dedikasi tanpa ada rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Ringkasnya, istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam bidang perniagaan.

ix) Menjauhi Pembaziran
Kita dituntut untuk merancang kehidupan. Kegagalan merancang boleh menyebabkan pembaziran waktu, harta benda dan peluang. Perbandingan nyata ialah amalan peniaga Jepun yang cukup cekap (Maamor, 2001:56). Kebijaksanaan dalam mempelbagaikan pendekatan dan penyelesaian dapat mengelakkan pembaziran yang sangat dilarang oleh Islam. Penekanan supaya menjauhi pembaziran ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut

Maksudnya: “..dan janganlah kamu berlebih-lebihan (membazir). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan”.  (al-An’am, 6:141)

Maksudnya: “.....dan janganlah berlebih-lebihan (membazir). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”.(al-A’raf, 7:31)

Maksudnya: “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghamburhamburkan (hartamu) secara boros (membazir). Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan sesungguhnya syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (al-Isra’, 17:26-27)

Larangan pembaziran atau pemborosan ini bukanlah dalam aspek perniagaan sahaja, malah ia merangkumi segenap aspek kehidupan. Inikerana ia merupakan perbuatan keji daripada amalan syaitan. Sesungguhnya, pengelakan pembaziran dalam urusan perniagaan dapat memaksimakan produktiviti seterusnya meningkatkan perolehan sesebuah perniagaan Islam.



x) Utamakan Kebersihan Rohani dan Jasmani
Kebersihan mencerminkan keperibadian seseorang. Allah s.w.t sememangnya menyintai orang yang bersih jasmani dan rohaninya. Orang yang dicintai Allah s.w.t pasti akan disenangi oleh umat. Inilah keimanan yang sepatutnya dijelmakan oleh semua peniaga dan pengguna. Penekanan supaya utamakan kebersihan ini disebut dalam  banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri (bersih rohani dan jasmani)”.  (al-Baqarah, 2:222)

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orangorang Jahiliah yang dahulu. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya (kebersihan rohani)”.  (al-Ahzab, 33:33)

Maksudnya, “Dan pakaianmu bersihkanlah (kebersihan jasmani)”.  (al-Muddassir, 44:4)

Peniaga yang mengutamakan kebersihan rohani dan jasmani dalam urusan perniagaannya akan lebih disenangi dan disukai oleh parapembeli. Segala barangan yang diniagakan akan dibeli dan digunakan oleh para pengguna dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu. Hal ini dapat memaksimakan produktiviti seterusnya meningkatkan perolehan sesebuah perniagaan Islam.

xi) Mengamalkan Sifat al-Ta'awun
Al-Quran sangat menekankan keperluan umat Islam dengan menganjurkan sifat al-Ta'awun (bantu-membantu dan tolong-menolong)  antara satu sama lain dalam perkara-perkara kebaikan termasuklah perniagaan. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”.  (al-Ma'idah, 5:2)

Tolong-menolong dalam peniagaan secara Islam mempunyai dua bentuk. Pertama, setiap peniaga saling bergantungan antara satu sama lain. Oleh itu, mereka perlu mewujudkan jaringan perhubungan atau network yang mantap bagi menjamin kestabilan dan kesinambungan perniagaan. Segala unsur persaingan yang tidak sihat hendaklah dihindari. Kedua, bekerjasama menjauhi perkara-perkara yang membawa keburukan dan kebinasaan kepada orang lain. Perkara-perkara tersebut ialah seperti menipu, menganiayai, menindas dan melakukan perniagaan yang mengandungi unsur-unsur judi, monopoli serta manipulasi. Hasilnya, lahirlah sebuah masyarakat yang bekerjasama, tolong-menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan bersama.

xii) Bersopan Santun
Al-Quran menekankan supaya bersopan santun dan menjalinkan perhubungan yang baik dalam segala urusan kehidupan termasuklah perniagaan. Penekanan supaya bersopan santun ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut

Maksudnya: “(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar”.  (al-Baqarah, 2:263)

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yangbaik”.  (al-Nisa', 4:5)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara)”.  (al-Ahzab, 44:70)

Dalam perniagaan secara Islam peniaga hendaklah sentiasa mengutamakan pelanggan dengan mengucapkan kata-kata yang menarik, manis, saling hormat-menghormati, lemah-lembut dan mempertimbangkan kepentingan semua pihak. Selain itu, peniaga hendaklah sentiasa berlapang dada dan berusaha untuk memenuhi "consumer expectation". Kepuasaan pelanggan adalah keutamaan mereka.

xiii) Menepati Masa
Ketepatan masa merupakan salah satu daripada nilai dan etika yang ditekankan dalam Islam. Penggunaan masa secara baik dan berkesan akan dapat membantu peniaga dan pengusaha menyempurnakan kerja dengan cepat, tepat dan menepati masa yang ditetapkan. Misalnya, seseorang peniaga dapat menghantar barang yang ditempah oleh pengguna pada masa yang dijanjikan dan seseorang pengusaha projek pula dapat menyiapkan sesuatu projek mengikut jadual yang ditetapkan. Soal ketepatan masa ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”.  (al-'Asr, 103:1-3)

Kebijakan peniaga dan pengusaha mengurus masa dengan berkesan akan dapat mengelak kesusahan di pihak pengguna dan juga dapat meningkatkan produktiviti. Secara tidak langsung, ia boleh menggandakan keuntungan dan menaikkan martabat seseorang secara sendirinya.

9.0 Pelaksanaan Etika Perniagaan Islam
Paling tidak, ada tiga cara untuk memastikan pelaksanaan etika perniagaan Islam ini. Pertama, peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam. Ini menuntut agar mereka membaca dan memahami perkara-perkara yang digariskan dalam al-Quran dan hadis. Di samping itu, mereka wajib meyakini bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah s.w.t pada hari akhirat nanti. 

Hal ini akan timbul perasaan takut untuk melanggar perintah Allah s.w.t. Oleh itu, mereka harus melaksanakan dan  mengamalkan etika perniagaan yang ditentukan oleh Islam. Tanpa keyakinan ini, akan berlakunya aktiviti-aktiviti perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam. Peniaga-peniaga dan pengusaha akan mencari jalan untuk mengelakkan diri daripada melaksanakan etika perniagaan Islam terutamanya apabila ia melibatkan kos, tenaga dan masa.

 Kedua, pengguna pula harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya. Mereka harus bertindak secara aktif dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagai pengguna dan memberikan maklumat kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam memantau pelaksanaan etika perniagaan sekiranya terdapat penyelewengan-penyelewengan. 

Ketiga, pihak kerajaan berperanan menyediakan garis panduan yang jelas dan lengkap mengenai etika perniagaan Islam untuk diedarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha; memastikan bahawa peniaga dan pengusaha memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya; membentuk agensi atau badan untuk memantau pelaksanaan garis panduan tersebut dengan adil dan saksama tanpa sebarang unsur diskriminasi; dan menyediakan ruang bagi orang ramaiuntuk menyuarakan bantahan dan memberikan maklumat sekiaranya terdapat penyelewengan.



10.0 Kesimpulan

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang membicarakan tentang etika atau peraturan perniagaan. Sudah semestinya etika perniagaan yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia ini jauh lebih baik daripada etika atau peraturan yang disediakan oleh manusia yang mempunyai serba kelemahan. Justeru, dengan kewujudan perniagaan yang berdasarkan unsur-unsur perniagaan beretika yang berlandaskan ajaran al-Quran sudah tentu ia dapat membentuk kemurniaan peribadi dan seterusnya mencapai kecemerlangan hidup di dunia (fi al-Dunya Hasanah) dan di akhirat (fi al-Akhirat Hasanah). 

Penipuan, ketidakadilan, penindasan dan penganiayaan dapat dielakkan. Sebaliknya ekonomi umat Islam semakin berkembang dan wujud semangat bekerjasama dan saling bantu membantu dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu, seseorang peniaga sewajarnya mengetahui dan memahami etika perniagaan Islam secara mendalam sebelumberkecimpung dalam bidang perniagaan. “

SEJARAH PERNIAGAAN BANGSA MELAYU

Bangsa Melayu mempunyai sejarah perniagaan yang panjang dan tua. Seawal dari zaman Kerajaan purba Champa, Srivijaya , kemudian menular dan berkembang ke seluruh penjuru alam Nusantara di atas keujudan kerajaan-kerajaan Melayu dari pelbagai penjuru Alam Jawi ini. Sehingga Melaka menjadi pusat pelabuhan enterport yang sangat terkenal dan di cemburui oleh kerajaan dan kapitalis barat.

Pelbagai versi yang di kemukaan oleh para pengkagum Bangsa Melayu , Ada dakwaan Bangsa Melayu telah mula berniaga seawal zaman ketamadunan Babylon , ketamadunan Mesir di zaman Firaun, zaman Nabi Sulaiman dan sebagainya.  Semua hypnosis tersebut ada yang masih samar dan yang telah terbukti kebenarannya. 

Sekumpulan pengkaji ketamadunan Melayu yang mengelar diri mereka The Patriot di Facebook Page Mereka sering merungkai akan beberapa kehebatan Melayu dalam pelbagi bidang, adalah di percayai mereka adalah sekumpulan pengkaji Ketamadunan Melayu yang bergerak aktif dari beberapa Universiti Tempatan. Apa yang di paparkan oleh mereka amat lah bermakna kepada Bangsa Melayu dan Islam akan maklumat-maklumat yang terpadam atau terpesong dek kerja tangan-tangan yang mempunyai kejahatan yang busuk kepada umat Melayu Islam.


 Link ke Page FB The Patriot

Menurut beberapa Pengkaji Sejarah Melayu, Tanah Melayu atau juga lebih di kenali sebagai Semenanjung Emas , atau Chersonesus Aurea dalam bahasa Greek 

Jika kita perhatikan berdasar perkatan Semenanjung Emas ini telah popular di zaman ROM kuno, maka jelas lah bahawa , bangsa Melayu telah lama berdagang di seluruh dunia sehingga meliputi ke kerajaan Rom Kuno pada suatu masa dahulu.

Emas adalah satu bahan dagangan yang amat bernilai sehingga sekarang adalah terdapat di Tanah Melayu dan ia di miliki oleh Bangsa Melayu. Ini bermakna, segala kelebihan orang Melayu telah di ketahui oleh bangsa barat sejak dahulu dan mereka telah mengerakkan angkatan tentera mereka menjajah Tanah Melayu ini bermula dari penjajahan Portugis  kemudian Belanda dan akhirnya Britis yang mengambil masa hampir 600 ratus tahun kepada orang melayu mendapat kemerdekaan.

Kembali ke pada awal sejarah Melayu Berniaga, kita telah tahu bahawa berdasarkan perkataan  atau Chersonesus Aurea atau Semenanjung Emas orang Melayu telah berdagang selama hampir seawal kurun ke 753 sebelum masihi yang bermaksud 2700 tahun dahulu orang melayu  telah pun mula berniaga,


 Link timemap

Namun ada dakwaan berkata orang Melayu telah berniaga lebih lama dari itu, ini di buktikan melalui perdagangan Emas, rempah ratus , kayu gaharu dan pelbagai produk keluaran dari Asia Tengara seperti rempah dan kapur. Dakwaan mengatakan orang Melayu telah berurus niaga dengan ketamadunan Mesopotamia dan Mesir  yang mana ia berusia 3500 sebelum masihi dan jika di kira dari tahun sekarang ia mencecah 5000 tahun tuanya.


Dari Hipnosis yang di buat berdasarkan tinggalan artifek yang di temui di Mesir seperti tulisan misteri ini


Diatas adalah tulisan misteri yang dipaparkan dalam buku Raffles. Terdapat banyak ciri Phoenecian dalam karakternya . Setelah dikaji oleh pakar-pakar bahasa dan termasuk Charles Jones sendiri, maka telah dapat dikenal pasti bahawa tulisan-tulisan tersebut sebenarnya adalah dalam kategori tulisan Phoenecia dan ibrani kuno. Apa yang menggemparkan para sarjana ini adalah tulisan rencong yang digunakan oleh suku Rejang, Kerinci dan Melayu Jambi juga mempunyai persamaan yang sangat banyak sekali dengan tulisan Phoenecia dan Ibrani kuno.

Berikut Petikan dari Blog Patriot:

“Suatu masa dahulu, pernah dicatatkan perlayaran salah seorang daripada firaun teragung zaman Mesir Purba yang pernah dicertiakan kami sebelum ini, telah membuat perlayaran hebat dari Mesir Purba ke sebuah kerajaan misteri di sebuah tempat yang misteri bernama Punt.

Dan Tahukah anda bahawa sesungguhnya ada sarjana yang berpendapat bahawa Sir Thomas Stamford Raffles dengan bukunya The History of Java ini sebenarnya menyimpan rahsia besar peradaban Melayu sejak zaman berzaman.


Beliau menyatakan bahawa sememangnya ada petunjuk yang menyatakan bahawa terdapatnya pertapakan masyarakat Mesir purba di kawasan kepulauan Melayu atau Nusantara. Melalui kajian yang dilaksanakan beliau dengan mengumpul sumber-sumber lisan daripada pelbagai suku kaum rumpun Melayu di Nusantara ini, ada diantaranya yang menyatakan bahawa nenek moyang mereka telah berlayar dari Laut Merah dan mengembara ke Alam Melayu beribu-ribu tahun dahulu.

Tambah beliau lagi ianya mungkin berlaku dikala Alam Melayu atau Nusantara ini masih sebuah daratan besar dan bercamtum. Ini bermakna jika penghijrahan ini benar-benar berlaku berkemungkinan besar ia berlaku pada penghujung zaman Pleistosien kalau tak silap saya lebih kurang 10 ke 8 ribu tahun yang lampau. Adakah ini benar? Pendapat Raffles ini patut dikaji dengan lebih teliti oleh sarjana zaman sekarang.

Selain itu menurut Raffles masyarakat yang berhijrah dari Mesir melalui laut merah tersebut adalah daripada pelbagai jenis suku yang masing-masing ada pegangan atau kepercayaan yang berbeza diantara satu sama lain.

Di Nusantara mungkin mereka berpecah dan membentuk pelbagai suku rumpun Melayu yang mempunyai pelbagai corak kehidupan atau adat yang berbeza. Jika ini benar pada pendapat saya mereka ini juga mempunyai satu bahasa yang sama pada asalnya. Dan bahasa inilah yang dikelaskan sebagai bahasa Austronesia atau Melayu yang masih wujud sekarang.

Bagi pengetahuan anda semua, penulisan saya ini sebahagian besarnya adalah hasil pembacaan daripada kajian Prof Charles Robert Jones. Rekod Mesir purba menyatakan dengan jelas bahawa Tanah Punt terletak dibahagian timur Mesir. Untuk lebih jelas lagi anda boleh membaca sendiri The Egyptian Book OfThe Death yakni sebuah buku sihir Mesir purba yang merupakan salah satu barang ritual terpenting dalam upacara pemakaman Firaun.

Dalam buku ini ada menyatakan bahawa Punt bukanlah sebuah negeri sahaja tetapi adalah sekumpulan beberapa buah negeri atau kawasan di sebelah timur. Namun begitu tidak dijelaskan secara tepat dimana letaknya Punt tersebut.

Sebuah lagi karya Mesir purba yang ada menyebut tentang Punt adalah TheShipwrecked Sailor. Dalam karya ini ada dinyatakan bahawa raja Punt adalah pemerintah kawasan Pulau dan bukan sebuah daratan besar seperti Afrika mahupun Amerika.

Ukiran di dinding kuil ratu Hatshepsut ada menunjukkan bahawa Punt terletak dikawasan persimpangan jalan perdagangan beberapa tamadun besar dunia.

Kenyataan ini mengukuhkan lagi teori Nusantara kerana Nusantara sememangnya berada di persimpangan jalan perdangangan beberapa tamadun besar seperti India dan China! Seterusnya, dicatatkan bahawa Jangka masa yang diambil oleh kapal-kapal Hatshepsut sangat lama untuk kembali ke Mesir. Rekod mengatakan bahawa mereka hanya tiba ke Mesir sewaktu tahun ke-9 pemerintahan Hatsheptsut. Bayangkanlah di manakah lokasi tersebut? Kalaulah terletak di Afrika, tidaklah mengambil masa selama itu.”


ikuti bacaan penuh The Patriot dalam isu ini.

Maka jika benar teori ini , ini bermakna orang Melayu adalah peniaga yang sebenarnya telah lama berada di dalam alam perniagaan. Akan tetapi apakah yang membuat Bangsa Melayu tenggelam dalam perniagaan..? seperti ada satu gerakan menghancurkan kekuatan orang melayu agar lemah dan tidak dapat menguasai ekonomi nya dan menjadi kaum yang mengemis kerana tiada kekuatan ekonomi yang kukuh. Kita akan kupas persoalan ini pada topic yang akan datang.

Kemudian kita beralih pula kehadapan sedikit di mana di zaman kerajaan Srivijaya , di dapati berdasarkan tinggalan maklumat yang di rekod menurut catatan Dr Awang Sariyan dari Dewan Bahasa dan Pustaka menerusi website DBP di dalam jurnal beliau yang bertajuk “PENGAJIAN MELAYU DI CHINA(BAHAGIAN 1) Hubungan Ketamadunan Melayu –China”.

Beliau menulis:

“Interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun China mempunyai sejarah yang  cukup panjang. Pembicaraan yang dapat dikira tuntas tentang hal itu terdapat dalam buku Prof. Liang Liji, professor kanan pengajian Melayu-Indonesia di Universiti Peking. Buku itu berjudul Lembaran Sejarah Gemilang Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad Ke-15, terbitan Penerbitan Universiti Kebangsaan (1996, cetakan kedua 2010). Beliau menyandarkan kupasannya pada sumber China yang dicatat dalam zaman dinasti-dinasti China dahulu kala, kerana semenjak zaman Dinasti Xia (2140-1711 S.M) Dinasti Shang (1722-1066 S.M), sudah wujud tradisi pencatatan sejarah oleh pegawai istana yang dikenal sebagai Shi Guan. Sistem pencatatan sejarah diraja itu mencapai kesempurnaan pada zaman Dinasti Han (206 S.M – 220 M). (Liang Liji, 1996: 10)”

Dan beliau telah mengupas bahawa perdagangan telah berlaku seawal kerajaan Srivijaya dengan Kerajaan China dari zaman Dinasti Tang dan seterusnya.

“Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7 (Liang Liji, 1996: 25-26).”
“Keakraban hubungan antara China dengan alam Melayu dilanjutkan oleh Dinasti Song (960-1279 M.) dan Dinasti Yuan (1206-1368 M.). Dalam tempoh kedua-dua dinasti itu, hubungan dengan Sriwijaya dan Jawa lebih tertumpu pada bidang perniagaan meskipun aspek kebudayaan tetap berlangsung terus.”

Seterusnya Dr Awang Sariyan juga mengatakan berdasarkan kajian yang di lakukan perhubungan Kerajaan China dalam dinasti berikutnya terus berdagang dan mengekalkan kekuasan pengaruhnya dengan kerajaan melayu di era kerajaan melayu Melaka.

“Hal ini demikian kerana hubungan kedua-dua tamadun dalam zaman itu benar-benar mencapai puncak hubungan diplomatik yang halus dan teratur, baik dalam huubungan politik antara dua kuasa besar mahupun dalam hubungan perdagangan dan kebudayaan. Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China).” link Catatan

Maka dengan jelas kita lihat Orang Melayu mempunyai sejarah perniagaan yang panjang yang seharusnya kita gali dan fahami , serta ambil kembali ilmu , semangat dan tauladan kisah perniagaan Bangsa Melayu ini untuk kita jadikan pedoman mencapai cita-cita Agama dan Bangsa.

Sementara seorang penkaji sejarah Dr. Koharuddin bin Mohd Balwi dari Tradisi Keilmuan Dan Pendidikan Dalam Tamadun Melayu Di Nusantara, Jurnal Kemanusiaan, UTM pula telah membuat satu kertas kerja yang menerangkan dengan terperinci tentang sejarah tradisi Perniagaan orang melayu. Melalui kertas kerja beliau yang bertajuk BUDAYA PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN MELAYU DALAM TEKS MELAYU beliau menerangkan bahawa orang Melayu telah mula berniaga seawal zaman  mesolitik, iaitu zaman batu pertengahan. Melalui kajian arkeologi beberapa sarjana telah menemui beberapa bahan yang pernah digunakan masyarakat yang menjadi barangan utama untuk aktiviti perdagangan awal ketika itu

Menurut beliau dalam catitan jurnal tersebut.

"Pada zaman Hoabinhian mereka yang tinggal di kawasan terbuka khususnya di tebing-tebing sungai dan pesisiran pantai, telah tahu berniaga secara tukar barang. Kemunculan kebolehan ini banyak dikaitkan dengan kemunculan kebolehan membina perahu. Berikutan dari itu, masyarakat zaman ini telah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menyusur sungai atau pantai. Secara langsung membuka peluang untuk kewujudan perdagangan primitif atau peringkat awal. Pada tahap ini perdagangan adalah dalam bentuk system tukar barang. Sistem ini menjadi asas kepada perdagangan yang lebih maju pada tahap Neolitik kemudiannya.'

Masyarakat zaman Neolitik ini dipercayai telah mampu membina perahu yang lebih baik berbanding zaman sebelumnya bagi membolehkan mereka belayar ke tempat yang lebih jauh. Perkembangan dalam pembinaan perahu yang lebih baik ini dan pengetahuan tentang mencipta layar dan pertambahan ilmu pelayaran bukan sahaja berkembang di kawasan ini, sebaliknya berkembang juga di kalangan masyarakat zaman itu di seluruh alam Melayu. Lantaran itu sejak lebih kurang 4000 tahun lalu telah berkembang aktiviti perdagangan antara masyarakat persisiran di alam Melayu ini.
Dari zaman inilah kemudiannya tradisi perdagangan itu makin menjadi bertambah rancak pada zaman-zaman kemudiannya. 

Bukti wujudnya aktiviti perdagangan yang mula pesat ini ialah penemuan berbagai jenis perkakas tembikar tanah dan alat-alat batu yang memiliki buatan yang cantik dan memiliki corak hiasan. Antaranya pelbagai jenis tembikar tanah seperti mangkuk berkaki, perkakas berbentuk timba, mangkuk berbahu, kaki periuk belanga, dan bekas yang permukaannya berbentuk loceng yang berhias dengan hiasan seperti dicakar atau dilorek

Melalui bukti arkeologi ini kelihatannya keupayaan perdagangan dan perniagaan Melayu dipacu oleh keupayaan pembuatan perahu yang kemudiannya berkembang menjadi perahu yang lebih kuat, besar, dan cantik iaitu yang dipanggil perahu besar, kapal, dan Jong. Dalam karya agung Tuhfat al-Nafis Sejarah Melayu-Islam misalnya, istilah perahu besar dan perahu dagang digunakan untuk menggambarkan kewujudan sebuah kapal perdagangan. Misalnya; 

`dagang-dagangannya kepada perahu besarnya itu kerana perahu besarnya itu tinggal di Pangkalan Salih'. Terahu-perahu perdagangan pun sudah sesak di dalam sungai Riau itu'.

Dalam tradisi lisan Melayu sebagaimana tercatat dalam teks Hikayat Malim Deman terdapat istilah lakap bahtera' dan `Jong pelang' yang menunjukkan kapal dagangan Melayu masa silam, gambarannya pula sangat terperinci dengan menerangkan tentang warna yang digunakan, gada-gada, dan seumpamanya;

“Maka banyaklah sekalian dagang senteri berhimpun masuk
berniaga: penuh pelabuhan kuala negeri dengan kakap bahtera,
jong pelang.
Selup wangkang bergandingan,
Berjenis-jenis gada-gadanya,
Ada yang merah gada-gadanya,
Muatan sutera dan mastuli;
Ada yang putih gada-gadanya,
Muatan lilin dengan getah;
Ada yang hijau gada-gadanya,
Muatan kesumba dengan malau;
Ada yang kuning gada-gadanya,
Muatan emas dengan perak.




Kewujudan kapal-kapal besar ini juga dapat diketahui melalui beberapa sumber di antaranya daripada sumber China, Jawa, Melayu, dan Barat. Sumber-sumber China dari abad pertama Masihi memberi gambaran yang unggul tentang kapal kunlun bo (kapal daripada alam Melayu) yang berlabuh di pelabuhan China semasa abad pertama Masihi yang mengangkut kumpulan orang Buddha dalam perjalanan ke Srivijaya'. Gambaran kapal ini dinyataan sebagai:

Drang-orang di pelabuhan luar negeri menyebutnya kapal, bo. Yang besar adalah lebih daripada lima puluh meter panjangnya dan timbul di permukaan air empat atau lima meter...ia membawa daripada enam hingga tujuh ribu orang dengan 10 000 bushel kago dari 250 hingga 1000 tan' 9.

Selain sumber China, sumber Melayu sendiri ada menyatakan telah hadirnya kapal-kapal besar di alam Melayu misalnya dalam sebuah transkripsi Melayu dan Jawa yang menyebutnya sebagai jong. Perkataan itu buat pertama kalinya muncul dalam transkripsi Jawa tua pada abad kesembilan dan kemudian terkenal dalam kesusasteraan Melayu klasik seperti Sejarah Melayu. Bentuknya dikatakan lebih besar dari kapal-kapal orang Eropah atau orang Portugis. Jong ini memiliki muatan yang agak besar, purata muatannya antara 400 hingga 5000 tan metrik, yang terbesar melebihi 1000 tan dan membawa 1000 orang. Dibina tanpa menggunakan sekeping besi pun dengan memiliki beberapa tiang antara dua hingga empat termasuk andang-andang.

Di samping bukti daripada catatan China, bukti dari Candi Burubudur di pulau Jawa menjelaskan bentuk kapal alam Melayu ini. Terdapat ukiran batu yang menggambarkan jong Melayu yang mempunyai linggi hadapan yang tinggi, dinding yang dijahit dengan akar, kemudi birai, dua tiang layar yang melengkung di atas dan disokong oleh dua tiang lain yang condong, dua layar segi empat, dan pelampung penstabil di tepi.



 Jong Pelang
Lancar

Secara amnya kesimpulan yang kita dapati Bangsa Melayu sebenarnya hebat dalam bidang perniagaan suatu masa dulu. Kehebatan Bangsa Melayu ini bukan sahaja terletak pada kemahirannya sahaja ia di bantu dengan faktor geografi kedudukan kepulauan Melayu dan Tanah Melayu secara tepat serta sumber alam yang begitu banyak di anugerahkan Allah s.w.t Oleh itu Orang Melayu sekarang wajib melihat sekelilingnya untuk membangunkan kembali kekuatan ekonomi yang suatu masa dulu adalah satu kehebatan Bangsa Melayu . Allah sentiasa memberkati Bangsa Melayu dan menganugerahkan pelbagai keistimewaan yang tidak terhingga supaya Bangsa Melayu tetap terpelihara matlamat dan tujuanya di jadikan di dunia ini.


MELAYU DAN PERNIAGAAN (PENGENALAN)

Perniagaan sebenarnya adalah salah satu bidang kemahiran orang Melayu. Namun ramai orang Melayu yang lupa dan mungkin juga tidak menyedari oleh kerana di tutupi kisah kehebatan orang melayu dalam perniagaan dek sejarah lampau yang segaja atau tak sengaja tertutup di telan zaman.

Orang Melayu secara amnya amat mahir dalam berniaga, meraka menguasai pelbagai keperluan nadi perniagaan. Dari kemahiran dalam pelayaran , kemahiran menghasilkan produk seperti produk tanaman rempah , produk logam seperti tembaga, besi dan emas , produk tenunan seperti sutera dan banyak lagi kemahiran yang jelas jika kita singkap tingalan sejarah melayu yang telah di buat kajian secara mendalam di university-universiti baik dalam Negara atau luar Negara.


Dalam kontek perniagaan. Perkataan “PERNIAGAAN” itu sebenarnya adalah satu kontek pemahaman yang sangat luas. Bagi umum ia adalah satu versi maksud “satu kerja yang mencari keuntungan dalam urus niaga” . namun ia juga satu penjelasan yang masih lagi am.
Perniagaan bukan sahaja termaktub kepada meraih keuntungan wang ringgit dan kekayaan material. Ia juga membawa maksud satu pelaburan atau usaha mencapai satu bentuk kejayaan dan satu usaha yang tidak sia-sia, sebagai contoh, Ibu dan Bapa kita melakukan perniagaan dalam perkongsian hidup mereka, mereka memupuk rasa cinta di antara satu sama lain bagi menghasilkan satu tujuan dalam perkongsian hidup mereka. Bersama berganding bahu, bantu membantu, meletakkan kepercayai hakiki sesama mereka bagi mencapai matlamat kekeluargaan yang cermerlang, seterusnya kedua ibu bapa kita, merancang mendapatkan anak. Maka penghasilan anak dan perancangan menjaga anak serta segala keperluan di usahakan supaya anak tersebut apabila besar dan dewasa kelak menjadi orang yang berguna kepada ke dua ibu bapa. Ini juga satu bentuk perniagaan yang jelas memerlukan modal , tenaga, wang ringgit , pengorbanan serta ilmu yang tinggi.



Islam mengalakan perniagaan

Di dalam Al quran menyebut:

Surat As-Saf 61:10/12


10.  Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
11.  (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
12.  Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Agama Islam memang menggalakkan perniagaan. Bahkan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam sendiri pernah berniaga semasa mudanya dan para Sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini (lihat misalnya, buku Fadhilat Tijarah oleh Maulana Syeikh Muhammad Zakariyya al Kandahlawi).

Semasa Rasullulah s.a.w kecil lagi beliau telah di ajar berniaga oleh bapa saudaranya yang menjaga beliau. Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.


Maka jelas di sini. Pembinaan kehidupan rasullulah , Allah aturkan dalam bentuk mencari rezeki dengan berniaga. Pastinya berniaga itu satu bentuk atau cara mencari rezeki yang hebat dan amat bagus. Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran,Mari kita perhatikan ayat ini pula contohnya:

Surah Al –Fatir Ayat 35-29


"Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi".

Umat Islam adalah umat yang sangat beruntung kerana telah di beri pendedahan secara lisan dan ilmu dengan cepat seawal muda melalui sirah Rasullulah s.a.w  dan Al –quran tentang pelajaran perniagaan. Ini jelas menunjukan betapa Islam satu agama yang sangat maju dalam memahami bentuk dan fitrah manusia dalam membina kehidupan dan kekuatan diri serta Bangsa dan Agama. Namun kelebihan ini kita sebagi umat islam seakan tak memahami dan lupa akan ilmu yang sangat berharga ini. Namun kini kita lihat perubahan yang agak ketara walaupun masih belum dapat di banggakan umat islam Melayu telah mula mengorak langkah menyahut seruan jihad ini , satu perkembangan yang amat baik buat Umat melayu Islam namun masih jauh perjalanan yang mereka harus tempuhi , membina kembali kemasyuran peradaban Melayu lama di zaman kehebatan , Srivijaya , Champa purba, Merong Mahawangsa dan Kerajaan  Melaka pada satu masa dahulu.