Wednesday, February 25, 2015

SEJARAH PERNIAGAAN BANGSA MELAYU

Bangsa Melayu mempunyai sejarah perniagaan yang panjang dan tua. Seawal dari zaman Kerajaan purba Champa, Srivijaya , kemudian menular dan berkembang ke seluruh penjuru alam Nusantara di atas keujudan kerajaan-kerajaan Melayu dari pelbagai penjuru Alam Jawi ini. Sehingga Melaka menjadi pusat pelabuhan enterport yang sangat terkenal dan di cemburui oleh kerajaan dan kapitalis barat.

Pelbagai versi yang di kemukaan oleh para pengkagum Bangsa Melayu , Ada dakwaan Bangsa Melayu telah mula berniaga seawal zaman ketamadunan Babylon , ketamadunan Mesir di zaman Firaun, zaman Nabi Sulaiman dan sebagainya.  Semua hypnosis tersebut ada yang masih samar dan yang telah terbukti kebenarannya. 

Sekumpulan pengkaji ketamadunan Melayu yang mengelar diri mereka The Patriot di Facebook Page Mereka sering merungkai akan beberapa kehebatan Melayu dalam pelbagi bidang, adalah di percayai mereka adalah sekumpulan pengkaji Ketamadunan Melayu yang bergerak aktif dari beberapa Universiti Tempatan. Apa yang di paparkan oleh mereka amat lah bermakna kepada Bangsa Melayu dan Islam akan maklumat-maklumat yang terpadam atau terpesong dek kerja tangan-tangan yang mempunyai kejahatan yang busuk kepada umat Melayu Islam.


 Link ke Page FB The Patriot

Menurut beberapa Pengkaji Sejarah Melayu, Tanah Melayu atau juga lebih di kenali sebagai Semenanjung Emas , atau Chersonesus Aurea dalam bahasa Greek 

Jika kita perhatikan berdasar perkatan Semenanjung Emas ini telah popular di zaman ROM kuno, maka jelas lah bahawa , bangsa Melayu telah lama berdagang di seluruh dunia sehingga meliputi ke kerajaan Rom Kuno pada suatu masa dahulu.

Emas adalah satu bahan dagangan yang amat bernilai sehingga sekarang adalah terdapat di Tanah Melayu dan ia di miliki oleh Bangsa Melayu. Ini bermakna, segala kelebihan orang Melayu telah di ketahui oleh bangsa barat sejak dahulu dan mereka telah mengerakkan angkatan tentera mereka menjajah Tanah Melayu ini bermula dari penjajahan Portugis  kemudian Belanda dan akhirnya Britis yang mengambil masa hampir 600 ratus tahun kepada orang melayu mendapat kemerdekaan.

Kembali ke pada awal sejarah Melayu Berniaga, kita telah tahu bahawa berdasarkan perkataan  atau Chersonesus Aurea atau Semenanjung Emas orang Melayu telah berdagang selama hampir seawal kurun ke 753 sebelum masihi yang bermaksud 2700 tahun dahulu orang melayu  telah pun mula berniaga,


 Link timemap

Namun ada dakwaan berkata orang Melayu telah berniaga lebih lama dari itu, ini di buktikan melalui perdagangan Emas, rempah ratus , kayu gaharu dan pelbagai produk keluaran dari Asia Tengara seperti rempah dan kapur. Dakwaan mengatakan orang Melayu telah berurus niaga dengan ketamadunan Mesopotamia dan Mesir  yang mana ia berusia 3500 sebelum masihi dan jika di kira dari tahun sekarang ia mencecah 5000 tahun tuanya.


Dari Hipnosis yang di buat berdasarkan tinggalan artifek yang di temui di Mesir seperti tulisan misteri ini


Diatas adalah tulisan misteri yang dipaparkan dalam buku Raffles. Terdapat banyak ciri Phoenecian dalam karakternya . Setelah dikaji oleh pakar-pakar bahasa dan termasuk Charles Jones sendiri, maka telah dapat dikenal pasti bahawa tulisan-tulisan tersebut sebenarnya adalah dalam kategori tulisan Phoenecia dan ibrani kuno. Apa yang menggemparkan para sarjana ini adalah tulisan rencong yang digunakan oleh suku Rejang, Kerinci dan Melayu Jambi juga mempunyai persamaan yang sangat banyak sekali dengan tulisan Phoenecia dan Ibrani kuno.

Berikut Petikan dari Blog Patriot:

“Suatu masa dahulu, pernah dicatatkan perlayaran salah seorang daripada firaun teragung zaman Mesir Purba yang pernah dicertiakan kami sebelum ini, telah membuat perlayaran hebat dari Mesir Purba ke sebuah kerajaan misteri di sebuah tempat yang misteri bernama Punt.

Dan Tahukah anda bahawa sesungguhnya ada sarjana yang berpendapat bahawa Sir Thomas Stamford Raffles dengan bukunya The History of Java ini sebenarnya menyimpan rahsia besar peradaban Melayu sejak zaman berzaman.


Beliau menyatakan bahawa sememangnya ada petunjuk yang menyatakan bahawa terdapatnya pertapakan masyarakat Mesir purba di kawasan kepulauan Melayu atau Nusantara. Melalui kajian yang dilaksanakan beliau dengan mengumpul sumber-sumber lisan daripada pelbagai suku kaum rumpun Melayu di Nusantara ini, ada diantaranya yang menyatakan bahawa nenek moyang mereka telah berlayar dari Laut Merah dan mengembara ke Alam Melayu beribu-ribu tahun dahulu.

Tambah beliau lagi ianya mungkin berlaku dikala Alam Melayu atau Nusantara ini masih sebuah daratan besar dan bercamtum. Ini bermakna jika penghijrahan ini benar-benar berlaku berkemungkinan besar ia berlaku pada penghujung zaman Pleistosien kalau tak silap saya lebih kurang 10 ke 8 ribu tahun yang lampau. Adakah ini benar? Pendapat Raffles ini patut dikaji dengan lebih teliti oleh sarjana zaman sekarang.

Selain itu menurut Raffles masyarakat yang berhijrah dari Mesir melalui laut merah tersebut adalah daripada pelbagai jenis suku yang masing-masing ada pegangan atau kepercayaan yang berbeza diantara satu sama lain.

Di Nusantara mungkin mereka berpecah dan membentuk pelbagai suku rumpun Melayu yang mempunyai pelbagai corak kehidupan atau adat yang berbeza. Jika ini benar pada pendapat saya mereka ini juga mempunyai satu bahasa yang sama pada asalnya. Dan bahasa inilah yang dikelaskan sebagai bahasa Austronesia atau Melayu yang masih wujud sekarang.

Bagi pengetahuan anda semua, penulisan saya ini sebahagian besarnya adalah hasil pembacaan daripada kajian Prof Charles Robert Jones. Rekod Mesir purba menyatakan dengan jelas bahawa Tanah Punt terletak dibahagian timur Mesir. Untuk lebih jelas lagi anda boleh membaca sendiri The Egyptian Book OfThe Death yakni sebuah buku sihir Mesir purba yang merupakan salah satu barang ritual terpenting dalam upacara pemakaman Firaun.

Dalam buku ini ada menyatakan bahawa Punt bukanlah sebuah negeri sahaja tetapi adalah sekumpulan beberapa buah negeri atau kawasan di sebelah timur. Namun begitu tidak dijelaskan secara tepat dimana letaknya Punt tersebut.

Sebuah lagi karya Mesir purba yang ada menyebut tentang Punt adalah TheShipwrecked Sailor. Dalam karya ini ada dinyatakan bahawa raja Punt adalah pemerintah kawasan Pulau dan bukan sebuah daratan besar seperti Afrika mahupun Amerika.

Ukiran di dinding kuil ratu Hatshepsut ada menunjukkan bahawa Punt terletak dikawasan persimpangan jalan perdagangan beberapa tamadun besar dunia.

Kenyataan ini mengukuhkan lagi teori Nusantara kerana Nusantara sememangnya berada di persimpangan jalan perdangangan beberapa tamadun besar seperti India dan China! Seterusnya, dicatatkan bahawa Jangka masa yang diambil oleh kapal-kapal Hatshepsut sangat lama untuk kembali ke Mesir. Rekod mengatakan bahawa mereka hanya tiba ke Mesir sewaktu tahun ke-9 pemerintahan Hatsheptsut. Bayangkanlah di manakah lokasi tersebut? Kalaulah terletak di Afrika, tidaklah mengambil masa selama itu.”


ikuti bacaan penuh The Patriot dalam isu ini.

Maka jika benar teori ini , ini bermakna orang Melayu adalah peniaga yang sebenarnya telah lama berada di dalam alam perniagaan. Akan tetapi apakah yang membuat Bangsa Melayu tenggelam dalam perniagaan..? seperti ada satu gerakan menghancurkan kekuatan orang melayu agar lemah dan tidak dapat menguasai ekonomi nya dan menjadi kaum yang mengemis kerana tiada kekuatan ekonomi yang kukuh. Kita akan kupas persoalan ini pada topic yang akan datang.

Kemudian kita beralih pula kehadapan sedikit di mana di zaman kerajaan Srivijaya , di dapati berdasarkan tinggalan maklumat yang di rekod menurut catatan Dr Awang Sariyan dari Dewan Bahasa dan Pustaka menerusi website DBP di dalam jurnal beliau yang bertajuk “PENGAJIAN MELAYU DI CHINA(BAHAGIAN 1) Hubungan Ketamadunan Melayu –China”.

Beliau menulis:

“Interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun China mempunyai sejarah yang  cukup panjang. Pembicaraan yang dapat dikira tuntas tentang hal itu terdapat dalam buku Prof. Liang Liji, professor kanan pengajian Melayu-Indonesia di Universiti Peking. Buku itu berjudul Lembaran Sejarah Gemilang Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad Ke-15, terbitan Penerbitan Universiti Kebangsaan (1996, cetakan kedua 2010). Beliau menyandarkan kupasannya pada sumber China yang dicatat dalam zaman dinasti-dinasti China dahulu kala, kerana semenjak zaman Dinasti Xia (2140-1711 S.M) Dinasti Shang (1722-1066 S.M), sudah wujud tradisi pencatatan sejarah oleh pegawai istana yang dikenal sebagai Shi Guan. Sistem pencatatan sejarah diraja itu mencapai kesempurnaan pada zaman Dinasti Han (206 S.M – 220 M). (Liang Liji, 1996: 10)”

Dan beliau telah mengupas bahawa perdagangan telah berlaku seawal kerajaan Srivijaya dengan Kerajaan China dari zaman Dinasti Tang dan seterusnya.

“Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7 (Liang Liji, 1996: 25-26).”
“Keakraban hubungan antara China dengan alam Melayu dilanjutkan oleh Dinasti Song (960-1279 M.) dan Dinasti Yuan (1206-1368 M.). Dalam tempoh kedua-dua dinasti itu, hubungan dengan Sriwijaya dan Jawa lebih tertumpu pada bidang perniagaan meskipun aspek kebudayaan tetap berlangsung terus.”

Seterusnya Dr Awang Sariyan juga mengatakan berdasarkan kajian yang di lakukan perhubungan Kerajaan China dalam dinasti berikutnya terus berdagang dan mengekalkan kekuasan pengaruhnya dengan kerajaan melayu di era kerajaan melayu Melaka.

“Hal ini demikian kerana hubungan kedua-dua tamadun dalam zaman itu benar-benar mencapai puncak hubungan diplomatik yang halus dan teratur, baik dalam huubungan politik antara dua kuasa besar mahupun dalam hubungan perdagangan dan kebudayaan. Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China).” link Catatan

Maka dengan jelas kita lihat Orang Melayu mempunyai sejarah perniagaan yang panjang yang seharusnya kita gali dan fahami , serta ambil kembali ilmu , semangat dan tauladan kisah perniagaan Bangsa Melayu ini untuk kita jadikan pedoman mencapai cita-cita Agama dan Bangsa.

Sementara seorang penkaji sejarah Dr. Koharuddin bin Mohd Balwi dari Tradisi Keilmuan Dan Pendidikan Dalam Tamadun Melayu Di Nusantara, Jurnal Kemanusiaan, UTM pula telah membuat satu kertas kerja yang menerangkan dengan terperinci tentang sejarah tradisi Perniagaan orang melayu. Melalui kertas kerja beliau yang bertajuk BUDAYA PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN MELAYU DALAM TEKS MELAYU beliau menerangkan bahawa orang Melayu telah mula berniaga seawal zaman  mesolitik, iaitu zaman batu pertengahan. Melalui kajian arkeologi beberapa sarjana telah menemui beberapa bahan yang pernah digunakan masyarakat yang menjadi barangan utama untuk aktiviti perdagangan awal ketika itu

Menurut beliau dalam catitan jurnal tersebut.

"Pada zaman Hoabinhian mereka yang tinggal di kawasan terbuka khususnya di tebing-tebing sungai dan pesisiran pantai, telah tahu berniaga secara tukar barang. Kemunculan kebolehan ini banyak dikaitkan dengan kemunculan kebolehan membina perahu. Berikutan dari itu, masyarakat zaman ini telah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menyusur sungai atau pantai. Secara langsung membuka peluang untuk kewujudan perdagangan primitif atau peringkat awal. Pada tahap ini perdagangan adalah dalam bentuk system tukar barang. Sistem ini menjadi asas kepada perdagangan yang lebih maju pada tahap Neolitik kemudiannya.'

Masyarakat zaman Neolitik ini dipercayai telah mampu membina perahu yang lebih baik berbanding zaman sebelumnya bagi membolehkan mereka belayar ke tempat yang lebih jauh. Perkembangan dalam pembinaan perahu yang lebih baik ini dan pengetahuan tentang mencipta layar dan pertambahan ilmu pelayaran bukan sahaja berkembang di kawasan ini, sebaliknya berkembang juga di kalangan masyarakat zaman itu di seluruh alam Melayu. Lantaran itu sejak lebih kurang 4000 tahun lalu telah berkembang aktiviti perdagangan antara masyarakat persisiran di alam Melayu ini.
Dari zaman inilah kemudiannya tradisi perdagangan itu makin menjadi bertambah rancak pada zaman-zaman kemudiannya. 

Bukti wujudnya aktiviti perdagangan yang mula pesat ini ialah penemuan berbagai jenis perkakas tembikar tanah dan alat-alat batu yang memiliki buatan yang cantik dan memiliki corak hiasan. Antaranya pelbagai jenis tembikar tanah seperti mangkuk berkaki, perkakas berbentuk timba, mangkuk berbahu, kaki periuk belanga, dan bekas yang permukaannya berbentuk loceng yang berhias dengan hiasan seperti dicakar atau dilorek

Melalui bukti arkeologi ini kelihatannya keupayaan perdagangan dan perniagaan Melayu dipacu oleh keupayaan pembuatan perahu yang kemudiannya berkembang menjadi perahu yang lebih kuat, besar, dan cantik iaitu yang dipanggil perahu besar, kapal, dan Jong. Dalam karya agung Tuhfat al-Nafis Sejarah Melayu-Islam misalnya, istilah perahu besar dan perahu dagang digunakan untuk menggambarkan kewujudan sebuah kapal perdagangan. Misalnya; 

`dagang-dagangannya kepada perahu besarnya itu kerana perahu besarnya itu tinggal di Pangkalan Salih'. Terahu-perahu perdagangan pun sudah sesak di dalam sungai Riau itu'.

Dalam tradisi lisan Melayu sebagaimana tercatat dalam teks Hikayat Malim Deman terdapat istilah lakap bahtera' dan `Jong pelang' yang menunjukkan kapal dagangan Melayu masa silam, gambarannya pula sangat terperinci dengan menerangkan tentang warna yang digunakan, gada-gada, dan seumpamanya;

“Maka banyaklah sekalian dagang senteri berhimpun masuk
berniaga: penuh pelabuhan kuala negeri dengan kakap bahtera,
jong pelang.
Selup wangkang bergandingan,
Berjenis-jenis gada-gadanya,
Ada yang merah gada-gadanya,
Muatan sutera dan mastuli;
Ada yang putih gada-gadanya,
Muatan lilin dengan getah;
Ada yang hijau gada-gadanya,
Muatan kesumba dengan malau;
Ada yang kuning gada-gadanya,
Muatan emas dengan perak.




Kewujudan kapal-kapal besar ini juga dapat diketahui melalui beberapa sumber di antaranya daripada sumber China, Jawa, Melayu, dan Barat. Sumber-sumber China dari abad pertama Masihi memberi gambaran yang unggul tentang kapal kunlun bo (kapal daripada alam Melayu) yang berlabuh di pelabuhan China semasa abad pertama Masihi yang mengangkut kumpulan orang Buddha dalam perjalanan ke Srivijaya'. Gambaran kapal ini dinyataan sebagai:

Drang-orang di pelabuhan luar negeri menyebutnya kapal, bo. Yang besar adalah lebih daripada lima puluh meter panjangnya dan timbul di permukaan air empat atau lima meter...ia membawa daripada enam hingga tujuh ribu orang dengan 10 000 bushel kago dari 250 hingga 1000 tan' 9.

Selain sumber China, sumber Melayu sendiri ada menyatakan telah hadirnya kapal-kapal besar di alam Melayu misalnya dalam sebuah transkripsi Melayu dan Jawa yang menyebutnya sebagai jong. Perkataan itu buat pertama kalinya muncul dalam transkripsi Jawa tua pada abad kesembilan dan kemudian terkenal dalam kesusasteraan Melayu klasik seperti Sejarah Melayu. Bentuknya dikatakan lebih besar dari kapal-kapal orang Eropah atau orang Portugis. Jong ini memiliki muatan yang agak besar, purata muatannya antara 400 hingga 5000 tan metrik, yang terbesar melebihi 1000 tan dan membawa 1000 orang. Dibina tanpa menggunakan sekeping besi pun dengan memiliki beberapa tiang antara dua hingga empat termasuk andang-andang.

Di samping bukti daripada catatan China, bukti dari Candi Burubudur di pulau Jawa menjelaskan bentuk kapal alam Melayu ini. Terdapat ukiran batu yang menggambarkan jong Melayu yang mempunyai linggi hadapan yang tinggi, dinding yang dijahit dengan akar, kemudi birai, dua tiang layar yang melengkung di atas dan disokong oleh dua tiang lain yang condong, dua layar segi empat, dan pelampung penstabil di tepi.



 Jong Pelang
Lancar

Secara amnya kesimpulan yang kita dapati Bangsa Melayu sebenarnya hebat dalam bidang perniagaan suatu masa dulu. Kehebatan Bangsa Melayu ini bukan sahaja terletak pada kemahirannya sahaja ia di bantu dengan faktor geografi kedudukan kepulauan Melayu dan Tanah Melayu secara tepat serta sumber alam yang begitu banyak di anugerahkan Allah s.w.t Oleh itu Orang Melayu sekarang wajib melihat sekelilingnya untuk membangunkan kembali kekuatan ekonomi yang suatu masa dulu adalah satu kehebatan Bangsa Melayu . Allah sentiasa memberkati Bangsa Melayu dan menganugerahkan pelbagai keistimewaan yang tidak terhingga supaya Bangsa Melayu tetap terpelihara matlamat dan tujuanya di jadikan di dunia ini.


No comments:

Post a Comment