Perniagaan sebenarnya adalah salah satu bidang kemahiran
orang Melayu. Namun ramai orang Melayu yang lupa dan mungkin juga tidak
menyedari oleh kerana di tutupi kisah kehebatan orang melayu dalam perniagaan
dek sejarah lampau yang segaja atau tak sengaja tertutup di telan zaman.
Orang Melayu secara amnya amat mahir dalam berniaga, meraka
menguasai pelbagai keperluan nadi perniagaan. Dari kemahiran dalam pelayaran ,
kemahiran menghasilkan produk seperti produk tanaman rempah , produk logam
seperti tembaga, besi dan emas , produk tenunan seperti sutera dan banyak lagi
kemahiran yang jelas jika kita singkap tingalan sejarah melayu yang telah di
buat kajian secara mendalam di university-universiti baik dalam Negara atau
luar Negara.
Dalam kontek perniagaan. Perkataan “PERNIAGAAN” itu
sebenarnya adalah satu kontek pemahaman yang sangat luas. Bagi umum ia adalah
satu versi maksud “satu kerja yang mencari keuntungan dalam urus niaga” . namun
ia juga satu penjelasan yang masih lagi am.
Perniagaan bukan sahaja termaktub kepada meraih keuntungan
wang ringgit dan kekayaan material. Ia juga membawa maksud satu pelaburan atau
usaha mencapai satu bentuk kejayaan dan satu usaha yang tidak sia-sia, sebagai
contoh, Ibu dan Bapa kita melakukan perniagaan dalam perkongsian hidup mereka,
mereka memupuk rasa cinta di antara satu sama lain bagi menghasilkan satu
tujuan dalam perkongsian hidup mereka. Bersama berganding bahu, bantu membantu,
meletakkan kepercayai hakiki sesama mereka bagi mencapai matlamat kekeluargaan
yang cermerlang, seterusnya kedua ibu bapa kita, merancang mendapatkan anak. Maka
penghasilan anak dan perancangan menjaga anak serta segala keperluan di usahakan
supaya anak tersebut apabila besar dan dewasa kelak menjadi orang yang berguna
kepada ke dua ibu bapa. Ini juga satu bentuk perniagaan yang jelas memerlukan
modal , tenaga, wang ringgit , pengorbanan serta ilmu yang tinggi.
Islam mengalakan
perniagaan
Di dalam Al quran menyebut:
Surat As-Saf 61:10/12
10. Hai orang-orang
yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat
menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
11. (yaitu) kamu
beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan
jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
12. Niscaya Allah
akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di
dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Agama Islam memang menggalakkan perniagaan. Bahkan Nabi
sallaLlahu 'alaihi wasallam sendiri pernah berniaga semasa mudanya dan para
Sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini (lihat misalnya, buku Fadhilat
Tijarah oleh Maulana Syeikh Muhammad Zakariyya al Kandahlawi).
Semasa Rasullulah s.a.w kecil lagi beliau telah di ajar
berniaga oleh bapa saudaranya yang menjaga beliau. Rasulullah SAW telah
didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti
bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini
Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan
perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga
Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan
juga orang Quraisy yang lain.
Maka jelas di sini. Pembinaan kehidupan rasullulah , Allah
aturkan dalam bentuk mencari rezeki dengan berniaga. Pastinya berniaga itu satu
bentuk atau cara mencari rezeki yang hebat dan amat bagus. Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah
menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran,Mari kita perhatikan ayat ini pula contohnya:
Surah Al –Fatir Ayat
35-29
"Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap
mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka
secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi".
Umat Islam adalah umat yang sangat beruntung kerana telah di
beri pendedahan secara lisan dan ilmu dengan cepat seawal muda melalui sirah Rasullulah
s.a.w dan Al –quran tentang pelajaran
perniagaan. Ini jelas menunjukan betapa Islam satu agama yang sangat maju dalam
memahami bentuk dan fitrah manusia dalam membina kehidupan dan kekuatan diri
serta Bangsa dan Agama. Namun kelebihan ini kita sebagi umat islam seakan tak
memahami dan lupa akan ilmu yang sangat berharga ini. Namun kini kita lihat
perubahan yang agak ketara walaupun masih belum dapat di banggakan umat islam
Melayu telah mula mengorak langkah menyahut seruan jihad ini , satu
perkembangan yang amat baik buat Umat melayu Islam namun masih jauh perjalanan
yang mereka harus tempuhi , membina kembali kemasyuran peradaban Melayu lama di
zaman kehebatan , Srivijaya , Champa purba, Merong Mahawangsa dan Kerajaan Melaka pada satu masa dahulu.
No comments:
Post a Comment